Bath Iron Works
Bath Iron Works

Bath Iron Works

Bath Iron Works (BIW) adalah sebuah limbungan kapal utama Amerika Syarikat yang terletak di Sungai Kennebec, Bath, Maine. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1884 sebagai Bath Iron Works, Limited. BIW telah membina kapal-kapal persendirian, komersial dan ketenteraan, kebanyakkannya dipesan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. Limbungan ini membina dan kadang kala mereka kapal-kapal tempur, frigat, penjajap dan pembinasa termasuk kelas Arleigh Burke yang mana kini antara kapal permukaan tercanggih di dunia.Sejak tahun 1995, Bath Iron Works merupakan salah sebuah anak syarikat bagi General Dynamics, kontraktor pertahanan ke-5 terbesar di dunia setakat tahun 2008. Semasa Perang Dunia II, kapal-kapal yang dibina di BIW dianggap memiliki ketahanan tinggi oleh para kelasi dan pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat, memberikan firma ini frasa "Bath-built is best-built."[1]